Gencatan senjata empat hari di Gaza

Baitulmaqdis: Kerajaan Israel dan kumpulan Hamas, pada awal Rabu, bersetuju dengan perjanjian pertukaran tahanan, lapor Agensi Anadolu.

Selepas kira-kira enam jam berbahas, satu perjanjian diluluskan oleh Kabinet Israel di mana 50 tebusan terdiri daripada kanak-kanak, ibu dan wanita tua yang ditahan oleh Hamas di Gaza akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama empat hari, lapor Pihak berkuasa Penyiaran Israel.

Jeda (tempoh berhenti) dalam pertempuran akan dilanjutkan kepada tambahan satu hari untuk setiap 10 tebusan lain yang dibebaskan oleh Hamas.

Semasa mesyuarat Kabinet, menteri-menteri dimaklumkan bahawa kumpulan pertama tawanan akan dibebaskan pada Khamis.

Kerajaan berkata, ini adalah rancangan untuk fasa pertama – untuk memulangkan tawanan ke rumah mereka.

Walaupun Pihak Berkuasa Penyiaran Israel tidak menyatakan jumlah tahanan Palestin yang akan dibebaskan sebagai balasan, Hebrew Channel 12 sebelum ini melaporkan sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, 150 tahanan Palestin akan dibebaskan dan 300 trak membawa bekalan kemanusiaan termasuk bahan api dibenarkan masuk ke Gaza, setiap hari.

Hamas mengumumkan mencapai gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari dengan Israel selepas “rundingan yang sukar dan rumit untuk hari-hari yang panjang… dengan usaha yang gigih dan menghargai usaha Qatar dan Mesir.”

“Menurut perjanjian, akan ada gencatan senjata oleh kedua-dua pihak, pemberhentian semua tindakan ketenteraan oleh tentera pendudukan di semua kawasan di Semenanjung Gaza dan menghentikan pergerakan kenderaan tenteranya yang memasuki Semenanjung Gaza, “katanya.

Beratus-ratus trak yang membawa bantuan kemanusiaan, bantuan, perubatan dan bahan api akan dibenarkan masuk ke semua kawasan di Semenanjung Gaza dan tanpa pengecualian, di utara dan selatan wilayah itu, menurut Hamas.

“Perjanjian itu termasuk “pembebasan 50 (tebusan) wanita dan kanak-kanak berusia di bawah umur 19 tahun sebagai pertukaran untuk pembebasan 150 wanita dan kanak-kanak rakyat kita dari penjara (Israel)…”

Jeda itu juga termasuk “menghentikan trafik udara di selatan Semenanjung Gaza selama empat hari dan menghentikan trafik udara di utara selama enam jam sehari dari 10 pagi hingga 4 petang”.

Hamas menegaskan bahawa “semasa tempoh gencatan senjata, tentera penceroboh komited untuk tidak menyerang atau menangkap sesiapa di semua kawasan di Semenanjung Gaza” selain “memastikan kebebasan pergerakan orang dari utara ke selatan di sepanjang Jalan Salah al-Din.”

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza, berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Kesannya, lebih 14,128 rakyat Palestin terbunuh termasuk 5,840 kanak-kanak dan 3,920 wanita dengan bilangan direkodkan itu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, ribuan bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja, juga rosak atau musnah dalam serangan udara serta darat Israel ke atas kawasan yang dikepung itu.

Menurut data rasmi, angka kematian rakyat Israel mencecah kira-kira 1,200 orang. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts