Israel giat jarah tanah Palestin dengan tebang pokok zaitun

 

NABLUS – Puluhan pokok zaitun di Palestin ditebang oleh penduduk haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki.

Pegawai Palestin, Ghasan Daughlas berkata, pokok-pokok yang terletak di Nablus dimusnahkan oleh sekumpulan penduduk haram dari pemukiman Kida.

Ghasan yang bertanggungjawab memantau kegiatan penempatan Israel di Tebing Barat Utara berkata, kerja-kerja pembinaan juga telah dijalankan bagi memperluas penempatan haram di kawasan itu.

Sementara itu, warga Palestin di kota Nablus turut mengadu bahawa ladang mereka diserang oleh penduduk haram yang mendapat perlindungan rejim pengganas Israel.

Hampir 166,000 penempatan Palestin dimusnahkan rejim pengganas Israel sejak ia didirikan pada tahun 1948.

Pusat Penyelidikan Tanah Persatuan Pengajian Arab di Baitulmaqdis melaporkan, lebih sejuta penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan.

“Selama sembilan bulan pertama tahun 2020, pasukan penjajah (Israel) merobohkan 450 rumah dan kemudahan milik Palestin.

“Ia juga mendorong beberapa warga Palestin terpaksa merobohkan kediaman sendiri atas desakan rejim Zionis, “ kata pusat itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts