Esok cuti umum Hari Pertabalan Agong

BANGI – Kerajaan memutuskan tarikh 30 Julai (Selasa) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar berkata, pengisytiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

24 Januari lalu, Majlis Raja-Raja berkenan melantik Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkuatkuasa 6 Januari, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Disember 2016.

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lalu di Istana Abu Bakar, Pekan, selepas Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar disahkan gering. – ismaweb

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts