Tiada sebab jelas Israel sekat bantuan masuk Gaza: PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan Israel menolak kemasukan sejumlah besar bantuan ke Semenanjung Gaza atas sebab yang tidak jelas.

Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Martin Griffiths dalam kenyataan berkata, Israel kerap menolak kemasukan bantuan yang sangat diperlukan di Gaza atas alasan yang tidak dinyatakan.

“Kita juga mesti mempunyai akses kepada orang awam yang memerlukan di seluruh Gaza. Pada masa ini, akses kami ke Khan Younis, (manakala) Kawasan Tengah dan Gaza Utara sebahagian besarnya tidak ada.

“Keupayaan komuniti kemanusiaan untuk menjangkau penduduk Gaza dengan bantuan masih sangat tidak mencukupi. Ini bukan kerana mahu mencuba,” katanya.

Griffiths menegaskan bahawa penduduk yang telah dipindahkan dari rumah mereka di Gaza harus mempunyak hak untuk pulang secara sukarela seperti yang dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa.

Sejak Oktober, operasi ketenteraan Israel di Gaza telah memaksa lebih 1.7 juta rakyat Palestin keluar dari rumah mereka.

Ramai daripada rakyat Gaza telah dipindahkan beberapa kali kerana dipaksa untuk mencari tempat perlindungan selamat.

Hampir 66,000 cedera dan ramai yang kehilangan satu atau kedua-dua anggota badan mereka, namun Israel secara kejam mengharamkan kemasukan tongkat ke Gaza dan menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts