home Semasa Sifat marah kelakuan tercela

Sifat marah kelakuan tercela

 

KITA akan marah dengan seseorang bila dia melakukan sesuatu yang menjadikan kita ‘tak puas hati’. Dalam bulan Ramadan kita boleh kawal marah sebab di bulan ini kita mudah redha. Besarkanlah sifat redha, nescaya kemarahan akan hilang dalam diri kita selamanya. Bermujahadahlah untuk itu, hidup akan lebih ceria dan tenang.

2. Sifat pemarah ada pada semua orang. Ada sesetengah orang tidak nampak sifat marahnya kerana dia penakut. Tapi bila orang berani tidak kelihatan darinya marah, ketahuilah itu kerana dia mampu kawal dan mampu sembunyikan kemarahannya. Berhati-hati dengan orang begini kerana dia terlalu kuat sebenarnya. Kekuatan seorang pahlawan diukur dari kemampuannya menahan marah, itulah petunjuk hadis.

3. Sifat marah sifat tercela. Tapi jangan buang sepenuhnya. Ada masanya ia diperlukan untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar. Bila sifat marah hilang sepenuhnya dari seseorang, kemungkaran depan matanya akan dibiarkan. Itu melahirkan satu sifat tercela yang lain iaitu dayus. Jadilah mukmin pertengahan; tidak dikuasai oleh marah dan tidak pula menjadi dayus.

4. Kemuncak kepada kemarahan adalah jenayah bunuh. Tiada pembunuhan berlaku tanpa marah. Sebelum bunuh, marah akan melahirkan kata-kata kesat, gangguan emosi, gangguan fizikal sebelum akhirnya berakhir dengan bunuh. Maka dengan itu kawallah sifat marah agar tidak membesar sehingga terjebak ke jenayah yang keji itu. Kenali tahap kemarahan melalui respon perlakuan dan sentiasa berusaha turunkan ke perlakuan tahap rendah sebelumnya.

5. Adakalanya kita perlu berkasar terhadap seseorang. Bahkan dalam peperangan kita perlu membunuh. Tapi biarlah akal yang mendorong perlakuan itu dan bukannya sifat marah semata-mata. Berkasar dengan panduan akal itu lebih baik kerana ia mampu dikawal. Berkasar kerana marah semata-mata tidak dapat dijangka bagaimana ia akan berakhir. Sebelum bertindak berbicaralah dengan akal dahulu selama 10 minit.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *