Jakim sertai pembentangan UPR di Geneva

 

JAKIM TURUT SERTA DALAM PEMBENTANGAN PENILAIAN BERKALA SEJAGAT (UNIVERSAL PERIODIC REVIEW – UPR) KE 3 DI GENEVA

1. JAKIM menyertai delegasi Malaysia yang diketuai Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam Sesi Pembentangan Penilaian Berkala Sejagat Ke-3 yang akan berlangsung di Geneva pada 8 November 2018. Penilaian Berkala Sejagat ini diadakan setiap 5 tahun sekali sejak 2009 bertujuan untuk menilai rekod hak asasi manusia bagi setiap negara anggota. UPR merupakan mekanisme baru yang diwujudkan oleh Persidangan Umum PBB di bawah Resolusi 60/251 pada 15 Mac 2006.

2. Ini merupakan penglibatan kali kedua JAKIM dalam Pembentangan Penilaian Berkala Sejagat (Universal Periodic Review – UPR) sebelum kali pertama turut terlibat pada tahun 2013. Pada kali ini, JAKIM diwakili oleh Puan Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). JAKIM akan membantu delegasi Malaysia bagi menjawab sekaligus mempertahankan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh Malaysia dalam isu-isu hak asasi manusia khususnya yang berkaitan Islam.

3. Antara isu-isu agama yang dijangka akan diberi perhatian dalam penilaian kali ini ialah :

a) Female Genital Mutilation

b) Lesbian Gay Bisexual Transgender Queer dan Intersex (LGBTQI)

c) Child Marriage

4. Sudah pasti dengan penglibatan JAKIM dalam pembentangan ini akan dapat membantu Malaysia dalam menyuarakan pendirian dan usaha yang dilakukan untuk mempertahankan hak-hak asasi menurut perspektif Islam.

5. Peluang ini juga dapat dimanfaatkan oleh Malaysia untuk memberi gambaran kepada dunia mengenai pendekatan yang diambil oleh Malaysia untuk mempertahankan hak-hak asasi manusia berpandukan faktor-faktor budaya, latar belakang serta asal usul kaum di Negara ini berlandaskan semangat Perlembagaan Persekutuan dan syariah.

6. Semoga dengan penyertaan ini, JAKIM dan delegasi dapat menyuarakan pandangan umat Islam di Malaysia dan saling bertukar pandangan dari pelbagai sudut dalam usaha untuk mencapai kesepakatan dan kebaikan masyarakat sejagat serta membuktikan bahawa Islam adalah agama terbaik yang membawa rahmat kepada semua pihak.

Sekian.

DATUK MOHAMAD NORDIN BIN IBRAHIM
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sumber: https://web.facebook.com/NordinIbrahimJakim/posts/1212879725535793

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts