Golongan muda dinasihatkan untuk merancang kewangan dengan menabung di Lembaga Tabung Haji (TH) serta menjaga kesihatan diri sebagai persediaan menunaikan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menekankan bahawa amalan menabung secara konsisten adalah kunci untuk merealisasikan rukun Islam kelima itu pada usia muda.
“Saya berharap semua pendeposit cakna tentang ibadah haji, dan berazam untuk terus menjaga kesihatan supaya kekal sihat dan mampu menunaikan haji nanti.
“Paling penting, mulakan amalan menabung secara konsisten di TH hari ini supaya dapat menunaikan haji ketika badan masih kuat dan bertenaga,” katanya semasa merasmikan Taha Run 2025 di Serdang baru-baru ini.
Program Taha Run 2025, bertemakan ‘Run For A Lifetime Journey’, disertai lebih 1,000 peserta berusia 18 hingga 25 tahun. Larian ini menawarkan dua kategori, iaitu tiga dan lima kilometer, dengan tujuan memupuk kesedaran tentang tabiat menabung, perancangan kewangan, serta gaya hidup sihat.
Sumber: Sinar Haramain
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








