Hati-hati pilih watak yang bercanggah dengan mazhab Syafie

Kuala Lumpur: Pensyarah Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim menasihatkan supaya pelakon beragama Islam di negara ini memilih watak yang betul supaya tidak menampakkan mereka tidak berpegang dengan mazhab Syafie.

Mohd Izhar ketika dihubungi berkata, umat Islam di Malaysia berpegang dengan mazhab Syafie dan perlu hormat dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan mufti di negara ini.

“Apabila kita melakonkan watak-watak yang bercanggah dengan mazhab Syafie khususnya memegang anjing, ia bukan budaya umat Islam di Malaysia. Kedua, ia bercanggah dengan apa yang diajar oleh ulama-ulama mazhab Syafie,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga mengenai hukum membabitkan haiwan najis berat atau mughallazah seperti anjing, Mohd Izhar berkata, jangan ambil mudah dalam isu membabitkan pegangan umat Islam di Malaysia iaitu mazhab Syafie dan jangan ambil mudah mengenai isu hukum.

“Memang betul terdapat hadis Nabi Muhammad SAW yang menyuruh kita menyamak selepas memegang anjing, khususnya perkakas-perkakas yang sudah disentuh, dijilat oleh anjing. Namun, jangan mengambil mudah dalam isu-isu yang membabitkan pegangan umat Islam di Malaysia iaitu mazhab Syafie.

“Kedua, jangan ambil mudah juga mengenai isu hukum yang mana kita mudah-mudah mengatakan bahawa tak apa, nanti saya samak balik selepas pegang anjing.

“Semua itu bukan isu samak. Ini kerana samak itu adalah jalan keluar apabila kita tersentuh atau seumpamanya. Tapi, jika sengaja berbuat demikian dengan kita mengambil kebenaran untuk menyamak selepas pegang anjing dalam lakonan, jadi ini akan membawa kepada satu sifat tidak baik.

“Ini kerana kita menimbulkan persepsi yang kurang disenangi masyarakat apabila menonton drama atau filem yang memegang anjing itu. Maka, nasihat saya jangan mudah ambil isu-isu seperti ini sehingga membawa kepada kemudaratan, perbalahan dan sebagainya,” katanya.

Mohd Izhar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai babak dua pelakon lelaki beragama Islam yang memegang anjing dalam filem Adoii Jiwaku arahan Steve Yap.

Babak itu memaparkan dua pelakon terbabit, Ali Arami dan Anuar Abdu Hamid memegang anjing kerana mahu membantu melepaskan haiwan itu yang di dalam kesakitan. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts