Ibadah haji, tak perlu rasa berdosa jika tidak mampu

Kalau ikutkan syarat ibadah haji, kena mampu. Tak mampu, tak wajib. Katakanlah kos buat haji, RM30k. Orang yang tak ada duit RM30k, tak perlu pergi, Allah tak suruh. Itu benda asas.

Sekarang kita ada Tabung Haji (TH), dah berpuluh tahun ditubuhkan.TH ini dah masuk dalam topik siyasah syariyah. Matlamatnya ialah memaksimakan kemaslahatan untuk semua pihak.

Sudah tentu maslahat paling utama bagi penyimpan ialah dapat menunaikan haji dengan kos rendah.Jadi TH kena berusaha untuk guna deposit beratus juta dalam pelaburan selamat jangka masa panjang. Untung digunakan untuk mengurangkan kos haji.

Sepatutnya maslahat kos haji yang kurang itu dapat dinikmati oleh semua penyimpan, secara adil.Maksudnya, kalau kos RM30k, katakan dapat kurangkan jadi RM20k, maka itulah jadi syarat kemampuan untuk semua orang.

Yang tak mampu juga RM20k, bawa bertenang sebab haji ini ibadah Allah fardhukan, bukan ibadah ikut perasaan. Bila Allah gugurkan kewajiban, kena faham di situlah keredhaan Allah.

Maslahat kedua terpenting, selepas kos haji ialah maslahat fardhu berbanding maslahat sunat. Maknanya selagi ada orang yang ada RM20k dan dia belum pernah pergi, dia akan dapat prioriti untuk pergi haji walaupun dia baru daftar semalam berbanding orang yang nak buat haji sunat walaupun dia dah daftar bertahun. Maslahat fardhu ini tak ada siapa boleh nafikan.

Pembahagian ikut B40, M40 dan T20 ini bermasalah sebab mekanisme pembahagian itu sendiri tak akan 100% tepat. Terlalu banyak faktor pemboleh ubah yang menentukan seseorang itu B40 atau tidak. Jadi, selamanya akan jadi pertikaian.

Kalau bab subsidi beli rumah atau minyak, pertikaian boleh dilayanlah, ini sampai ibadah pun nak pakai instrumen yang tak 100% tepat memang jadi masalah.

Jadi, sepatutnya TH tetapkan saja kos sebenar haji selepas tampung dengan keuntungan Tabung Haji berapa RM. Begitu baru adil pada semua.

Isu ini kalau berlarutan, memang yang akan rugi TH. Sayang, TH sepatutnya jadi institusi yang mengayakan umat Islam secara kolektif.

Nota: Sultonul Ulama Izzuddin bin Abdis Salam tak benarkan pemerintah pada zamannya sewenang-wenangnya ambil harta orang kaya untuk tampung keperluan perang jihad fi sabilillah, selepas Baitul Mal tak mampu. Dia suruh ambil harta pemerintah dulu. Itu maslahat negara (perang), inikan pula maslahat individu (haji).

Sumber : Fb Mohd Hazizi Ab Rahman

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts