Israel langgar ‘garis merah’ beri peneroka haram status penduduk rasmi: Hamas

 

TEBING BARAT – Tindakan rakus Israel memberikan status penduduk rasmi kepada peneroka haram Yahudi di bandar Tebing Barat, Hebron adalah langkah berbahaya.

Jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Abdul Latif Al-Qanou berkata, keputusan Zionis hanya memberi kuasa kepada peneroka haram yang bukan hak mereka.

“Tindakan Israel telah melintasi semua garis merah dan ia sangat berbahaya buat rakyat Palestin. Pihak berkuasa Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan mereka,” katanya.

Khamis lalu, NGO Israel Peace Now mendedahkan, Ketua Komando Pusat Israel, Major Jeneral Roni Numa telah menandatangani perintah tentera yang menubuhkan pentadbiran perkhidmatan perbandaran untuk peneroka di Hebron.

NGO itu berkata, perintah berkenaan ditandatangani Jeneral Penasihat Tentera Israel, Pentadbiran Awam Israel, Kementerian Pertahanan Israel, Kementerian Keadilan Israel dan Kementerian Dalam Negeri Israel.

“Dengan memberikan status rasmi kepada peneroka Hebron, kerajaan Israel memformalkan sistem pemisahan di bandar itu,” kata Peace Now di laman webnya.

Penduduk Palestin di Hebron kini berjumlah kira-kira 200,000 orang, manakala 800 peneroka Israel yang menyalahi undang-undang tinggal di kawasan itu dengan dilindungi 500 tentera Israel yang bersenjata berat.

Julai lalu, PBB menyenaraikan Bandar Lama Hebron sebagai salah satu tapak warisan dunia yang berada di bawah ancaman. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts