Mahkamah Nigeria benarkan pemakaian tudung di sekolah

nigeria

ABUJA, Ahad – Mahkamah Rayuan Nigeria memutuskan supaya pelajar perempuan dibenarkan semula untuk bertudung di sekolah.

Keputusan sebulat suara itu sekaligus membatalkan keputusan pada 2013 yang mengharamkan tudung di sekolah kerajaan di Lagos meskipun tiga daripada lima hakim bukannya beragama Islam.

Keputusan itu dibuat sebagai reaksi kepada rayuan terhadap larangan di Lagos mengatakan bertudung bukan sebahagian pakaian seragam sekolah.

Isu bertudung ini mencetuskan kekecohan sejak sekian lama di negara itu yang dilanda keganasan puak Boko Haram di Timur Laut.

Nigeria adalah negara paling padat di Afrika dengan kira-kira 170 juta penduduk berpecah antara wilayah utara yang dikuasai penduduk Islam dan Kristian di selatan. – Agensi

Sumber : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts