Pahang benar jemaah belum vaksin, bukan warganegara solat di masjid

KUANTAN – Pahang sudah memberi kebenaran beribadah kepada semua jemaah masjid atau surau termasuk mereka yang masih belum mendapat suntikan vaksin Covid-19, bukan warganegara dan musafir.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kebenaran itu dibuat selepas kerajaan Pahang mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau selepas Pahang beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, SOP baharu itu mula berkuatkuasa pada Rabu manakala SOP lengkap untuk semua pentadbir masjid dan surau akan disediakan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

“Kehadiran jemaah juga terbuka kepada mereka yang bukan warganegara dan bukan ahli kariah tetapi perlu mengikut SOP solat di ruang musafir yang ditetapkan.

“Bagi solat Jumaat pula, kehadiran jemaah di masjid dan surau bergantung kepada keluasan kapasiti sesebuah rumah ibadat itu selain tertakluk kepada kemampuan serta kawalan terhadap jemaah oleh pihak masjid atau surau itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menjelaskan, setakat ini hanya kuliah Subuh dan Maghrib dibenarkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim memberitahu, aktiviti akad nikah pula boleh dilaksanakan di masjid negeri dan masjid daerah dengan kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah manakala pengurusan jenazah boleh dilakukan di masjid, surau atau rumah.

Bagaimanapun katanya, penceramah jemputan dari luar negeri itu masih tidak dibenarkan.


Lebih 25 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat ini
“Kanak-kanak yang belum baligh juga dilarang hadir ke masjid, jemaah yang bergejala atau kontak rapat kepada pesakit Covid-19, segala perkumpulan sebelum atau selepas solat jemaah juga dilarang.

“Bagi memastikan tiada penularan berpunca daripada aktiviti ibadat, kita harap masjid dan surau dapat melakukan sanitasi sekerap mungkin dan mengawal jemaah supaya dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau juga meminta supaya semua jemaah sentiasa memakai pelitup muka dengan betul, menjaga jarak fizikal, mengimbas suhu badan, mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera dan membawa sejadah sendiri. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts