JAIS tahan pemimpin ajaran Syiah Malaysia dalam serbuan markas

 

GOMBAK – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan serbuan markas Syiah pada Jumaat dan menahan 21 pengikut ajaran sesat itu bersama ketuanya, Kamil Zuhairi Abdul Azizi.

Serbuan jam 9.45 malam itu melibatkan 25 pegawai JAIS terhadap mereka yang disiasat di bawah undang-undang syariah kerana penentangan fatwa dan amalan Syiah.

Mereka dibawa ke Kompleks Islam Gombak untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan pada jam 5 pagi.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Azlinda Azman berkata, tangkapan dilakukan di bawah Seksyen 12 (C) Enekmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda sehingga RM3,000.

Menurutnya, JAIS menerima aduan awam berkaitan aktiviti penganut ajaran Syiah di Gombak.

 

Antara 21 orang yang ditahan di sebuah pusat kegiatan syiah di sini dalam satu serbuan malam tadi.

 

“Hasil risikan yang dilakukan mendapati ada perjumpaan dalam kalangan mereka yang turut dihadiri Kamil Zuhairi (Pengerusi Syiah Malaysia) di markas Hauzah ar-Ridha di Taman Sri Gombak.

“Semasa tangkapan dibuat, beberapa sitaan turut dilakukan termasuk kain rentang, batu karbala, bingkai gambar, kitab dan buku ajaran Syiah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, penguatkuasaan itu bertepatan dengan fatwa yang diwartakan pada 17 Oktober 2013 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor bahawa Syiah bercanggah dengan ahli sunnah wal jamaah.

 

 

“Salah satu daripada ajaran mereka ini adalah menolak pandangan ulama menetapkan Islam bukan syarat wajib haji dan pelbagai lagi yang boleh mengancam bahaya kepada umat Islam dan menyebabkan perpecahan ummah.

“JAIS menyeru umat Islam menolak ajaran ini kerana membawa ke arah kesesatan. JAIS akan terus memantau kegiatan penganut agama ini bagi memastikan tiada sebarang aktiviti Syiah di Selangor terutama Hari Karbala yang disambut setiap 10 Muharam,” katanya.

Katanya, JAIS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap penganut ajaran Syiah dan memohon kerjasama awam memaklumkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan kesalahan jenayah syariah di talian bebas tol 1800882424. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Mari lah sama sama kita membantu pihak Jais untuk menangani masaalah ajaran sesat seperti syiah dan liberal di selangor ini, tanpa kerjasama daripada orang ramai
    mungkin usaha pencegahan tidak akan berjaya sepenuhnya.
    Cegah sebelum parah.
    Benteras musuh utama ugama dan negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts