GPS lancar kempen ‘Vote Muslim First’ di PRK Tanjung Piai

 

PERTAMA sekali, Gerakan Pengundi Sedar (GPS) ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia pada 21 September yang lepas. Allahyarham juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menang di Parlimen Tanjung Piai mengalahkan calon MCA dan BERJASA dengan mejoriti 524 undi.

Melangkah ke hadapan, GPS akan terus memainkan peranan dalam arena demokrasi tanah air secara non-partisan. Untuk PRK Tanjung Piai kali ini, kami akan lancarkan kempen Vote Muslim First (VMF).

Kempen ini sebenarnya adalah kesinambungan kempen kami pada PRU yang lepas: ‘Undilah Calon Muslim Berwibawa’, cuma diolah sedikit bertepatan dengan arus kempen Buy Muslim First (BMF).

Intipati kepada kempen ini adalah, kami mengajak semua parti yang terasnya adalah Islam/Bumiputera untuk menghantar calon masing-masing di Tanjung Piai. Kami meminta untuk persembahkan calon-calon yang terbaik, yang dirasakan paling mampu menjaga dan menegakkan intipati perlembagaan di peringat perseketuan untuk bertanding di PRK kali ini.

 

 

Dari situ, GPS akan membantu rakyat membuat analisa calon, kenyataan-kenyataan lampau serta tahap integriti melalui pencarian harta melalui ‘open source’, lalu kami akan melobi rakyat memilih calon yang terbaik itu, walaupun calon itu datang dari parti samada PAS, UMNO, BERJASA, BERSATU, AMANAH, mahupun PKR.

Adakah kempen ini bersifat rasis dan memecahbelahkan rakyat?

GPS meminta rakyat melihat nombor iaitu 57% pengundi adalah Melayu-Muslim, jadi seharusnya calon terdiri dari kalangan Melayu-Muslim untuk mewakili suara mereka. Jelas ini bukan rasis tetapi adalah hak yang sepatutnya diberikan.

Sekian, salam #VMF dari kami.

Ustaz Assiddiq Bin Fauzan
Pengarah Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Sumber: pengundisedar.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts