Kalimah ‘Masyaallah Tabarakallah, bila waktu sesuai menyebutnya?

Kalimah ‘Masyaallah Tabarakallah, bila waktu sesuai menyebutnya?

Perasan atau tidak, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kelihatan ungkapan ‘Masyaallah Tabarakallah’ sering digunakan di media sosial.

Jika melihat pada laman seperti Facebook dan sebagainya, rata-rata hantaran yang menunjukkan detik-detik gembira pasti akan diiringi kalimat Masyaallah Tabarakallah di ruang komen.

Tidak kira sama ada ‘posting’ tersebut berkongsikan tentang cahaya mata yang baru dilahirkan atau memperolehi keputusan peperiksaan cemerlang, kesyukuran terhadap nikmat tersebut lazimnya akan dizahirkan melalui ungkapan Masyaallah Tabarakallah.

Namun, apakah erti sebenarnya kalimat itu?

Realitinya, ramai umat Islam yang menggunakan istilah bahasa Arab dalam kehidupan seharian tanpa memahami makna sebenar di sebalik kalimah yang mereka ungkapkan.

Ingatlah, pengertian bagi ayat-ayat Arab seperti Masyaallah Tabarakallah perlu difahami untuk mengelakkan kita menggunakan istilah yang salah serta mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.

Memetik portal merdeka.com, secara ringkasnya, ayat Masyaallah Tabarakallah boleh diterjemahkan kepada ‘inilah yang ALLAH kehendaki, semoga ALLAH memberkati kamu. Kalimat itu diucapkan sebagai rasa syukur atas segala pemberian ALLAH SWT.

Jika digabungkan kedua-dua kalimah itu, ia sememangnya boleh diucapkan apabila seseorang ingin menyatakan kekaguman terhadap sesuatu kebaikan yang didengar atau dilihat secara langsung. Walau bagaimanapun, kedua-dua istilah tersebut sebenarnya sangat berbeza.

Jelas laman web tersebut, istilah Masyaallah ialah satu bentuk pujian dan doa yang dipanjatkan kepada ALLAH apabila umat Islam merasa takjub dengan kejadian-NYA.

Manakala Tabarakallah pula bermaksud ‘semoga ALLAH memberkati’. Istilah itu biasanya digunakan untuk memohon keberkatan daripada perkara yang menakjubkan yang dilihat atau dialami.IKLAN

Cara jawab jika dengar Masyaallah
Jika mendengar istilah Masyaallah disebutkan oleh kaum Muslimin yang lain, anda juga boleh memberikan respon dengan ucapan yang baik. Balasan yang boleh digunakan disebutkan Masyaallah ialah:

“Wafiika barakallah”

Maksudnya: Semoga ALLAH memberkatimu juga.

Selain mengucapkan kalimah Masyaallah Tabarakallah, umat Islam juga boleh membaca tasbih, tahmid, tahlil, hawqalah (La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah) dan zikir apabila melihat sesuatu yang menakjubkan. – Sinar Islam Plus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts