home Semasa Erdogan kata Perdana Menteri rejim Israel pengganas

Erdogan kata Perdana Menteri rejim Israel pengganas

 

ANKARA – “Kamu adalah seorang pengganas. Sejarah sedang merekodkan apa yang kamu lakukan kepada semua rakyat Palestin,” kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang yakin warga Israel juga terganggu dengan salah laku Benjamin Netanyahu.

Erdogan berkata demikian sebagai menjawab kritikan Perdana Menteri rejim Zionis itu berhubung tindakan Turki meneruskan operasi membanteras pengganas di Afrin, Syria.

“Dia kata askar kita menekan penduduk Afrin. Netanyahu, awak sangat lemah, amat menyedihkan.

“Kami berurusan dengan pengganas, tetapi awak tidak. Sebab awak adalah negara pengganas,” katanya kepada Kongres Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Parti) di wilayah Adana di selatan Turki.

Kenyataan beliau menyusul selepas sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh ditembak askar rejim pengganas Israel, manakala lebih 1,500 lagi cedera, ketika menyertai ‘The Great March of Return’, di sempadan Gaza-Israel, Jumaat lalu.

Menggelar pemimpin rejim Zionis itu sebagai ‘penceroboh’ di Palestin, Erdogan berkata, Netanyahu tiada hak untuk mengkritik Turki.

Jumaat lalu, lebih 30,000 warga Palestin, termasuk pelarian, menyertai perarakan yang menjadi simbolik kepada cita-cita mereka untuk pulang ke rumah dan tanah yang dirampas rejim pengganas Israel pada 1948 lalu. Dalam ‘Peristiwa Nakba’, ratusan ribu rakyat Palestin dihalau dari tanah dan rumah mereka.

Bagaimanapun, rejim pengganas Israel menggunakan senjata api, kereta kebal, gas pemedih mata dan peluru hidup untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul tidak jauh dari sempadan di lima lokasi di Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Erdogan kata Perdana Menteri rejim Israel pengganas

  1. Memang betul, termasuk USA, mereka nak tutup mulut masyarakat dunia mereka menuduh org Islam penganas dgn menubuh berbagai pertubuhan kononnya pertubuhan itu adalah penganas Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *