Kepentingan awam perlu diutamakan dalam pemberian pengampunan

.

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menegaskan bahawa pengampunan tidak boleh dipengaruhi perbezaan darjat supaya undang-undang tidak dilihat sebagai tidak adil oleh rakyat.

Beliau melihat ketika ini kurangnya kajian akademik tentang hal-hal pengampunan, kalau adapun beberapa penulisan sahaja dan ia tidak cukup mendalam.

“Persoalan-persoalan berkenaan pengampunan kepada orang-orang politik ini juga saya fikir adalah satu isu besar yang patut dibincangkan dalam dunia akademik,” kata Shamrahayu.

Konsep asas pengampunan adalah untuk memberikan peluang kedua kepada pesalah laku selepas seseorang itu melalui proses pengadilan, namun sejauh mana faktor belas kasihan itu boleh diterima.

Jika kesalahan tersebut melibatkan kepentingan awam, pengampunan itu tertakluk di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Raja yang memayungi rakyat seharusnya mewakili suara mereka dan kepentingan awam itu patut diletakkan pada keutamaan tertinggi dalam membuat pertimbangan.

“Untuk undang-undang itu direstui atau diterima masyarakat umum, kita juga perlu mengambil kira bahawa tidak adanya persoalan tentang perbezaan darjat. Itu penting.“

(Jika wujud perbezaan darjat dalam memberikan pengampunan), jadi ini bahaya untuk kedaulatan undang-undang kita.

”Atas sebab itu, beliau berpendapat bahawa di pihak Lembaga Pengampunan, perlu ada garis panduan, standard atau parameter yang jelas tentang bagaimana sesuatu pengampunan itu boleh diberikan mengikut kepada jenis kesalahan dilakukan. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts