Muslim bersahur selamatkan penduduk Grenfell Tower London

 

LONDON – Masyarakat Muslim yang sedang bersahur bagi menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan telah berjaya menyelamatkan nyawa orang ramai apabila suatu kebakaran yang dahsyat telah berlaku di barat kota London.

Sekurang-kurangnya 50 orang penduduk telah dibawa ke 5 buah hospital untuk mendapatkan rawatan daripada beratus-ratus penduduk yang berjaya diselamatkan di Grenfell Tower, sebuah bangunan 27 tingkat yang terletak di Kensington Utara.

Seorang wanita tempatan memberitahu; “Remaja-remaja muslim telah menyelamatkan nyawa mereka. Mereka (remaja itu) telah mengetuk pintu rumah orang ramai untuk memberitahu tentang kebakaran itu. Terima kasih tuhan untuk Ramadan!”

Khalid Suleman Ahmed, 20 tahun yang baru menetap di tingkat 8 Grenfell Tower bersama keluarga ibu saudaranya menjelaskan bahawa beliau kebiasaannya tidak akan bangun di tengah malam. Tetapi beliau bangun kerana ingin bersahur sebagai persiapan untuk menunaikan ibadah berpuasa pada bulan Ramadan.

Apabila menyedari tentang kebakaran yang telah berlaku, beliau dengan pantas mengetuk pintu jiran-jiran di sekitarnya untuk membangunkan mereka.

Beliau memberitahu: “Loceng kebakaran tidak berbunyi dan tiada amaran dikeluarkan. Saya yang pada ketika itu sedang bersiap untuk bersahur telah terbau asap kebakaran. Saya segera melihat di luar jendela rumah dan ternampak asap kebakarang di tingkat 7.”

“Saya segera mengejut ibu saudara saya, ambil pakaian dan mula mengetuk pintu jiran-jiran. Semua jiran membuka pintu mereka kecuali 2.”

“Seluruh ruang koridor menjadi gelap dengan asap. Saya terfikir ia tidaklah begitu kritikal tetapi kami tetap turun dan mengosongkan bangunan kediaman kami demi tujuan keselamatan. Apabila kami keluar, kami telah diuruskan oleh ahli bomba yang bertugas dan dibawa ke tempat yang lebih selamat. 20 minit selepas itu, barulah kami melihat rumah kami telah tiada dijilat api. Mujur pasukan bomba bertidak pantas dan memulakan kerja dengan segera.”

“Orang ramai kelihatan keluar dengan tenang tetapi apabila mereka sedar ada dalam kalangan mereka tidak keluar, mereka mula panik. Apabila kami di luar bangunan, kami melihat api begitu pantas menjilat pangsapuri kami.”

“Biasanya saya akan tejaga lewat malam hanya pada hujung minggu dan tidak pada hari-hari biasa kecuali ianya adalah bulan Ramadan. Ramai muslim tinggal di situ dan mereka juga turut bangun untuk beribadah dan bersahur. Mungkin ini adalah sebab yang menyelamatkan nyawa kami.”

Salah seorang saksi juga memberitahu bahawa orang Islam yang terjaga itulah merupakan talian hayat mereka kerana masih hidup dan terselamat daripada kebakaran itu.

Masjid-masjid dan pusat-pusat Islam juga tidak melepaskan peluang untuk membantu mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.

Diterjemah dan diolah oleh Indahnya Islam

Sumber: http://www.huffingtonpost.co.uk/entry/london-fire-muslims-breaking-ramadan-fast-may-have-saved-lives-in-grenfell-tower_uk_59410ad3e4b0d3185486088c

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts