Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
  • Kenali
  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Iklan
  • Waktu Solat
Indahnya Islam Indahnya Islam
The Latest
HMS melantik Khalil al-Hayya untuk mengantikan Y*hya Sinw*r
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
July 22, 2026
No comments
Adakah HMS menyerahkan pentadbiran Gza hari ini?
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
July 9, 2026
No comments
Sebelum Terlambat: Tanda-Tanda Anak Sedang Dibuli atau Membuli
  • Kekeluargaan
byadmin
July 7, 2026
No comments
Akta Antibuli 2026: Pendidikan akhlak bermula dari rumah
  • Berita Hari Ini
  • Dunia Islam
byadmin
June 22, 2026
No comments
  • zakir naik
  • woldcup
  • wanita
  • uthmaniyyah
  • ustaz
  • umrah
  • turki
  • turkey
  • tinju
  • texas
  • Semasa

Lebih banyak institusi kewangan Islam perlu disenaraikan

September 20, 2017

 

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) sentiasa terbuka kepada lebih banyak penyenaraian institusi kewangan islam di papan utama Bursa Malaysia.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, buat masa ini hanya dua peratus institusi kewangan tersenarai yang menawarkan saham patuh syariah di negara ini.

“Ketika ini 60 peratus daripada saham di Bursa Malaysia adalah patuh syariah tetapi dari segi pasaran modal, ada jurang yang sangat besar dari segi perkhidmatan kewangan yang hanya me­rangkumi dua peratus.

“Jadi, kami amat menggalakkan lebih banyak institusi kewangan Islam disenaraikan bagi menggalakkan penawaran saham islamik (i-share),” katanya selepas merasmikan Persidangan Tadbir Urus dan Jaminan Syariah PNB-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Yang turut hadir, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad dan Ketua Pegawai Maybank Islamic Berhad, Datuk Mohamed Rafique Merican Mohd. Wahiduddin Merican.

Persidangan tersebut adalah kerjasama antara Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM, PNB dan Maybank Islamic bertujuan me­mbangunkan satu standard tadbir urus dan jaminan syariah bagi memenuhi kepentingan pematuhan syariah.

Sebelum ini, PNB dilaporkan bercadang untuk menukarkan kira-kira 20 peratus saham Maybank kepada saham Islamik atau i-shares menerusi mekanisme pengasing­an aset tanpa dikendalikan entiti berasingan.

Langkah itu sekiranya berjaya akan menyaksikan saham i-Maybank yang ditetapkan akan menjadi aset syariah bernilai kira-kira RM20 bilion.

PNB memiliki pegangan 48 peratus di dalam Maybank, kumpulan bank terbesar Malaysia yang merupakan bank keempat terbesar di ASEAN berdasarkan jumlah aset dan bank Islam kelima terbesar di dunia.

Sementara itu, Abdul Wahid memberitahu, PNB sudah memperoleh kelulusan ‘harus’ daripada Jawatankuasa Negeri Pulau Pinang bagi produk pelaburan di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dalam mesyua­ratnya yang diadakan 15 Ogos lalu.

Katanya, kelulusan terbaharu itu menandakan satu pencapaian kepada PNB dan menjadikan ke­semua negeri di Malaysia sudah memberi kelulusan tersebut selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berbuat demikian pada 27 April lalu.

“Masyarakat perlu mempunyai pemahaman yang jelas mengenai status dana-dana ASNB terutama ASB memandangkan ia dimani­pulasi oleh sesetengah pihak.

“Jadi, kita berharap dengan memperoleh kelulusan ‘harus’ daripada semua negeri di Malaysia, maka tidak timbul lagi keraguan dalam pelaburan di ASNB dan mengalu-alukan lebih banyak pelabur dari Selangor dan Pulau Pinang,” katanya. – Utusan

www.indahnyaislam.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Indahnya Islam
Related Posts
Read More
  • Semasa

Bayi Syria mati kesejukan

IDLIB – Wanita dan kanak-kanak adalah majoriti paling menderita di Syria susulan perang saudara, mereka kekurangan keperluan asas ditambah…
byadmin
February 19, 2020
No comments
Read More
  • Semasa

Jangan jadikan masjid gelanggang politik – Agong

Maran: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk…
bynurdieyla
September 5, 2022
No comments
Read More
  • Semasa

Dekati pusat ilmu, kenali khazanah Islam

PETALING JAYA – Fungsi sebuah masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk melaksanakan ibadah solat, malah mampu dikunjung sebagai…
bynurdieyla
November 17, 2021
No comments
Read More
  • Semasa

Dr Zakir Naik hanya sebar ajaran Islam, bukan ajar keganasan

  BANGI – Dr Zakir Naik tidak perlu diserahkan kepada kerajaan India kerana dia tidak melakukan jenayah. Dia…
byadmin
July 9, 2018
No comments
Indahnya Islam Indahnya Islam
⚡ oleh Rekasawang