Mahkamah Rayuan kena ambil kira perbincangan ulama dalam maqasid syarak

 

BANGI – Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak pasangan beragama Islam yang lahir luar nikah untuk berbinkan atau berbintikan bapa biologinya dilihat tidak mengambil kira perbincangan ulama berkenaan maqasid syarak.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, apabila hukuman tidak mengambil kira maqasid yang digunapakai ulama silam, keputusan itu akan membawa kepada berleluasanya zina kerana perbuatan yang dilakukan sebelum pernikahan yang sah, dapat disorok dengan peruntukan ini.

“Isu menasabkan anak yang lahir hasil dari perzinaan kepada ayahnya si penzina adalah khilaf yang telah berlaku lama di kalangan ulama sejak zaman dahulu.

“Walaupun ada pandangan yang membenarkan, tetapi kebenaran itu adalah bersyarat demi menjaga maqasid Islam dan mengelakkan daripada zina berleluasa,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau menjelaskan, ulama yang membenarkan dinasabkan anak kepada penzina hanyalah minoriti dan berlawanan dengan pandangan jumhur.

“Ulama minoriti yang membenarkan itu meletakkan syarat seperti si bapa hendaklah dijatuhkan hukuman hudud dahulu sebelum proses menasabkan tersebut. Ini demi menjaga agar tidak berleluasanya zina,” katanya.

Sehubungan itu, Ustaz Muhammad Fauzi berkata, Isma menyokong usaha ke arah merayu keputusan itu dibatalkan di peringkat lebih tinggi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts