Merdeka dari perspektif Islam, melaksanakan matlamat syariat tanpa halangan

PUTRAJAYA, – Kemerdekaan merupakan suatu nikmat yang harus disyukuri setiap umat Islam yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat manusia di atas muka bumi ini.

Ianya juga merupakan kebebasan menjalankan tanggungjawab agama tanpa halangan sama ada untuk melakukan perkara wajib atau sunat.

Erti kemerdekaan yang sebenar bukan semata-mata kebebasan di dalam menentukan pentadbiran negara tetapi juga bebas dari sebarang bentuk cengkaman minda dan jiwa dari sistem yang bercanggah dengan matlamat syariat.

Islam juga tidak pernah menghalang kebebasan manusia, sebaliknya kebebasan itu mestilah digunakan sebaiknya untuk mencari keredaan Allah taala.

“Nikmat kemerdekaan ini amat berharga dalam hidup kita dimana kemerdekaan ini menjadikan kita bebas untuk beribadah kepada Allah SWT.

“Kalau kita menjadi hamba kepada manusia kita akan terhina dalam erti kata kita tidak mampu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah SWT kerana kita hamba maka kita akan disuruh, diarah, diperkotak katikkan oleh orang yang menjajah kita,” kata Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya, Ustaz Nor Azamir Alias.

Dalam pada itu, Ketua Imam Masjid Mahmoodiah Putrajaya, Muhammad Shabil Muhafiz berpandangan sambutan bulan kemerdekaan juga melambangkan kesyukuran dalam meraikan nikmat kebebasan yang dapat dirasai oleh rakyat, tidak kira di peringkat sekolah, masjid serta institusi lain.

“kami telah mengadakan program gotong royong menggantung dan memasang bendera jalur gemilang di sekeliling masjid. InsyaAllah jadi inilah diantara perkara yang paling utama supaya dengan kita mengibarkan jalur gemilang ini, salah satu tanda kita ada semangat patriotik, diperingkat masjid juga secara kebiasaanya ialah ceramah khas ambang kemerdekaan mengupas berkenaan dengan nilai semangat kemerdekaan,” katanya.

Bendera Jalur Gemilang yang dikibarkan hari ini telah mencerminkan keharmonian dan kegemilangan Malaysia dimana telah mewujudkan masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama.

Sifat majmuk merupakan realiti yang seharusnya dihayati oleh kita manusia sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: ‘Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki danperempuan serta Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain’.

Justeru, umat Islam di negara ini wajib bersyukur atas nikmat kemerdekaan, mencerminkan kegemilangan Malaysia dalam mewujudkan masyarakat harmoni dan sejahtera.

Alisa Yusra,wartawan JAKIM

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
5
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts