Meriam Besar Sultan direka sendiri oleh Muhammad Al-Fateh

 

MERIAM besar atau Meriam Sahi yang digunakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya untuk meruntuhkan Kota Konstantinopel adalah meriam yang direka oleh baginda sendiri.

Sistem pengiraan balistik dan reka bentuknya yang sesuai untuk melancarkan peluru yang besar, laju dan memiliki impak yang kuat, semuanya dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Kemudian selepas itu barulah Sultan Muhammad Al-Fatih meminta pakar-pakar meriam Uthmaniyyah untuk menghasilkan meriam seperti yang diidamkan baginda.

Pakar-pakar meriam yang menyumbang kepakaran ke arah penghasilan meriam ini di antaranya adalah Saruca dan Muslihuddin. Merekalah yang membentuk acuan tembaga dan mereka bentuk meriam berdasarkan permintaan Sultan Muhammad Al-Fateh.

 

 

Namun adakah kisah Urban ini adalah kisah palsu dan tiada sumbangan langsung di dalam pembinaan meriam besar Sultan Muhammad Al-Fatih?

Urban mungkin ada sumbangannya di dalam pembinaan meriam ini tetapi dia bukanlah watak utama di dalam penghasilannya. Dia hanyalah seorang tukang buat meriam yang tidak berpuas hati dengan Byzantine lalu menawarkan khidmatnya kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.

Adapun kebolehan Urban hanyalah sekadar berkaitan dengan acuan meriam. Walaupun begitu, meriam besar yang dicipta oleh Urban retak selepas tembakan pertama dan tentera Uthmaniyyah menggunakan meriam yang dicipta oleh pakar mereka sendiri untuk meruntuhkan tembok Konstantinopel.

Kebolehan Sultan Muhammad Al-Fateh di dalam mencipta Meriam Sahi bukanlah keganjilan pada dirinya. Ini kerana baginda adalah seorang yang menguasai ilmu sains dan genius di dalam ilmu matematik serta menguasai 9 bahasa dunia dengan fasih.

Ini lebih terbukti apabila Sultan Muhammad Al-Fatih telah mencipta senjata mortar untuk menyerang kapal Rom dan Latin di Teluk Konstantinopel.

Keadaan ini telah melemahkan semangat Rom lalu meminta perjanjian damai daripada Uthmaniyyah namun ditolak oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda berkata, “sama ada aku mengambil Konstantinopel atau Konstantinopel mengambil aku” dan meminta Rom menyerahkan Konstantinopel.

Uthman Zaik
Aktivis Sejarah Melayu-Uthmaniyyah

Rujukan:
Ottoman History Misperceptions and Truths, Ahmed Akgunduz dan Said Ozturk.
Osmanli History and Institutions, Prof. Dr. Mehmet Maksudoglu.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts