Pengiktirafan UEC bukti “Terkuburnya” Dasar Pendidikan Kebangsaan

BANGI, 20 Zulkaedah – Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad mencadangkan agar 15 Mei 2026 dikenang sebagai tarikh rasmi terkuburnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Cadangan itu dibuat susulan keputusan terbaru Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan semalam yang memaklumkan bahawa calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Dr Anuar yang juga Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM) berkata, dokumen tersebut merupakan dokumen rasmi pendidikan negara yang menjadi bukti kewujudan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia.

Menurut beliau, dasar pendidikan yang terkandung dalam dokumen itu sewajarnya dipertahankan oleh setiap warga Malaysia.

“Bolehkah saya usulkan supaya 15 Mei 2026 dijadikan tarikh rasmi terkuburnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan? Saya hanya mampu bertanya dan mengusulkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan mengiktiraf UEC, walaupun menurutnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas tidak mengiktiraf sijil berkenaan.

“Bolehkah kita bersetuju dengan keputusan mengiktiraf UEC, walaupun sebahagian, sedangkan dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan sendiri menyatakan secara jelas bahawa UEC tidak diiktiraf? Yang mana satu patut kita ikut?” katanya.

Dr Anuar turut mengaitkan cadangan itu dengan sambutan Hari Guru yang akan diraikan esok, 16 Mei.

Katanya, beliau tidak melihat keperluan untuk mempertahankan dasar pendidikan kebangsaan sekiranya dokumen itu sendiri tidak lagi dihormati.

“Ibarat kata orang tua, daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. Sekurang-kurangnya tarikh ‘kematiannya’ akan diingati oleh generasi akan datang, iaitu setiap 15 Mei, sehari sebelum sambutan Hari Guru,” katanya.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts