Pemandu mabuk semakin berani, nyawa orang Islam jadi korban

 

BANGI – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Mohd Rusdi Alias bimbang sekiranya kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk akan menjadi lebih teruk kerana ‘pelakunya’ kini semakin berani.

Paling dikhuatiri, mangsa yang terkorban membabitkan orang Islam dan Melayu akan bertambah, katanya.

“Kes yang berlaku bukan sekali dua tetap sudah semakin kerap. Mangsanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Undang-undang mengenai arak dan pemabuk langsung tidak menakutkan pelaku.

“Satu tindakan tegas perlu diambil dan pesalah tidak boleh dilepaskan dengan begitu mudah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Dalam pada itu, beliau turut senada dengan saranan Amir ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman supaya pesalah disiasat pegangan agama dan ideologinya.

“Kita risau sifat dendam dan kebencian sesetengah kaum terhadap orang Melayu dan orang Islam boleh juga menjadi pendorong untuk seseorang tidak menghormati nyawa orang lain.

“Peristiwa kebencian dan dendam terhadap orang Islam ini memang sangat jelas berlaku di bumi Palestin, India, Myanmar, etnik Uyghur di China sekarang ini.

“Ia juga telah diperkuatkan dengan sejarah hitam yang pernah terjadi di Bosnia dan di Ambon, Indonesia suatu ketika dahulu dan di New Zealand pada tahun lepas,” katanya.

 

 

Beliau berkata, seperti mana Amerika Syarikat (AS) mempunyai pusat kajiannya yang tersendiri mengenai ideologi ‘terorisme’ dan aktivitinya di kalangan orang Islam, sepatutnya kerajaan Malaysia juga perlu melakukan perkara yang sama terhadap ideologi-ideologi ekstrem yang menyasarkan orang Islam sebagai mangsa.

“Kerajaan tidak perlu lagi bercakap berbelit-belit mengenai hak bukan Islam untuk minum arak untuk bercakap tentang isu ini.

“Mereka bukan sahaja dibenarkan minum arak bahkan telah membuka sebesar-besarnya kilang dan arak yang boleh didapati secara terbuka di merata tempat di negara ini,” katanya.

Ustaz Rusdi menegaskan, isu besar yang perlu dilihat oleh kerajaan sekarang ialah berhubung nyawa manusia yang terancam akibat daripada pemabuk-pemabuk yang berada di jalan raya sekarang ini.

“Sepatutnya kerajaan berani megambil apa sahaja risiko kerugian daripada penegasan menutup kilang-kilang arak dan penguatkuasaan jualannya.

“Kerajaan pun sebelum ini menanggung banyak kerugian akibat daripada pembatalan projek-projek besar seperti projek Bakun, jambatan bengkok dan lain lain. Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts