Saya maafkan pembunuh isteri

CHRISTCHURCH – NEW ZEALAND. Seorang lelaki yang kehilangan isterinya dalam serangan ganas di Christchurch berkata beliau tidak menyimpan sebarang rasa benci terhadap Brenton Tarrant, pengganas kulit putih yang melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch, kelmarin.

Sebaliknya, Farid Ahmad berkata kemaafan adalah jalan terbaik untuk terus bergerak ke hadapan.

“Saya akan katakan padanya, saya sayang dia sebagai seorang manusia’,” kata Farid.

Husna Ahmed, 44, adalah antara 50 orang mangsa yang terkorban, dan sekurang-kurangnya empat orang wanita terbunuh dalam serangan ganas terhadap dua masjid yang sedang menunggu waktu untuk menunaikan solat Jumaat.

Apabila kejadian tembakan bermula, Husna membantu beberapa orang lain melarikan diri dari dewan wanita dan kanak-kanak.

“Dia menjerit ‘keluar ikut sini, cepat-cepat’ dan dia bawa banyak anak-anak dan wanita ke tempat yang selamat.

“Kemudian dia kembali untuk memeriksa saya, kerana saya berada di kerusi roda, dan ketika dia menghampiri pintu, dia ditembak, dia sibuk menyelamatkan nyawa, sehingga melupakan dirinya sendiri,” kata Farid. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts