JAKIM lancar Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melancarkan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia, berperanan membantu dan menyantuni semua golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata skuad itu berfungsi mengenal pasti sasaran bantuan, turun padang menjejaki asnaf,

membantu golongan yang ditimpa musibah dan mengambil tindakan serta-merta secara kolektif.

Beliau berkata, skuad itu disertai 14 agensi bagi membantu semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

“Program ini adalah kesinambungan Skuad Keluarga Malaysia, yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 23 Oktober lalu di Kuching, Sarawak, yang bertujuan memulihkan negara daripada kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia di pekarangan Kompleks Islam Putrajaya.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Hakimah Mohd Yusoff.

Idris berkata, antara agensi terbabit adalah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),

Tabung Haji (TH), TV al-Hijrah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Beliau berkata, agensi yang terbabit akan mengikut tugasan dan fokus mereka sendiri selaras dengan keperluan semasa serta memenuhi hasrat kerajaan.

Sempena majlis perasmian program hari ini, 100 petugas dengan 11 kenderaan, termasuk enam motosikal digerakkan bagi menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada penerima di Putrajaya, Balakong dan Kuala Lumpur. -Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts