MUIS gesa konsert Coldplay dibatalkan

BANGI– Majlis Ulama ISMA (MUIS) menuntut pihak berwajib membatalkan konsert Coldplay yang akan berlangsung pada 22 November ini.

Ia bagi menghormati kesedihan dan menzahirkan simpati terhadap saudara kita di Palestin yang sedang dibom dan diserang sehingga meragut lebih 11,000 nyawa.

Menggesa konsert itu dibatalkan, Pengerusi MUIS, Datuk Zamri Hashim mengecam jika penganjuran konsert tersebut diteruskan seperti yang dijadualkan pada hujung bulan ini di Stadium Bukit Jalil.

“Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.

“Apatah lagi kumpulan itu terpalit dengan tohmohan menyokong arus songsang, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MUIS juga meminta agar semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert tersebut.

Beliau menegaskan kelalaian terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah suatu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan kelak.

Atas dasar itu, MUIS menggesa semua pihak agar tidak berlepas tangan daripada tanggungjawab membantu dan menolong saudara se-Islam di Palestin.

Ia boleh dibantu melalui semua aspek terutama doa, sumbangan dan sebaran keprihatinan kepada seluruh Masyarakat.

Terdahulu, kumpulan rock British terkenal, Coldplay yang dianggotai empat lelaki iaitu Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion dilaporkan bakal beraksi di jelajah yang diberi nama Music of the Spheres World Tour di Stadium Bukit Jalil.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts