Aktivis British jalan kaki dari UK ke Palestin bantah Deklarasi Balfour

 

UNITED KINGDOM – Lebih 100 aktivis British berjalan kaki selama enam bulan, kira-kira 174 hari dari United Kingdom ke Palestin bagi membantah program sambutan 100 Tahun Deklarasi Balfour.

Deklarasi Balfour ialah satu surat bertarikh 2 November 1917 dari Menteri Luar Britain, Arthur James Balfour kepada Lord Rothschild, pemimpin komuniti Yahudi Inggeris, untuk dikirimkan kepada Zionis.

Surat itu menyatakan polisi yang dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet Inggeris pada 31 Oktober 1917, iaitu antara lain menyebut bahawa pemerintah Inggeris menyokong rancangan Zionis mewujudkan negara Yahudi di Palestin.

Ia memberi makna, deklarasi itu memberi hak kepada Yahudi menduduki dan menjajahi bumi Palestin serta membentuk negara haram Israel.

Sehubungan itu, 100 aktivis berkenaan cuba melancarkan kempen menolak pendudukan Israel, lapor portal berita Al-Arabiya.

Mereka dikatakan sanggup berjalan beribu-ribu kilometer merentasi 11 negara bagi mengisytihar bantahan mereka terhadap deklarasi itu.

Deklarasi Balfour ini merupakan batu asas penjajahan ke atas bumi Palestin yang diletakkan oleh Britain dan secara rasmi menafikan hak kewujudan rakyat Palestin ke atas bumi dan tanah air mereka sendiri. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts