Perlis laksana solat jenazah ghaib ke atas Sheikh Yusuf al-Qaradawi

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melimpahkan kurnia dan perkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi di seluruh masjid di negeri ini selepas solat zuhur, esok.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah memandangkan solat jenazah ke atas Rahimullah dimaklumkan akan dilaksanakan pada waktu asar di Qatar pada hari ini, maka pelaksanaan solat jenazah ghaib di seluruh negeri Perlis diselaraskan sejurus selepas solat zuhur esok.

“Sehubungan itu, adalah digalakkan kepada seluruh umat Islam dalam negeri Perlis untuk menyertai solat berkenaan sepertimana yang telah diperkenankan berdasarkan sunnah Baginda Rasullullah S.A.W,” titah baginda menerusi kenyataan majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, Tuanku Syed Sirajuddin dijadualkan berangkat menunaikan solat zuhur dan solat jenazah ghaib di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Sheikh Yusuf al-Qaradawi, 97, meninggal dunia di Qatar pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya semalam. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts