Pengajaran dari Perang Badar

Perang Badar merupakan pertempuran yang berlaku dalam bulan Ramadan. Kejadian tersebut direkodkan di dalam al-Quran dan banyak pengajaran yang menarik yang boleh diperolehi darinya. Antaranya ialah:

  1. Sifat Rasulullah yang suka meminta pandangan. Ia boleh juga dinamakan sebagai syura iaitu Rasulullah berbincang dengan para sahabat sebelum menentukan sesuatu keputusan. Dalam Perang Badar, sekurang-kurangnya terdapat empat insiden yang menunjukkan Rasulullah bertanya dan mendengar pandangan sahabat iaitu:

(a) Sebelum keluar mengejar Kafilah dagangan Abu Sufyan, Baginda dikatakan meminta pandangan para sahabat dahulu. Ketika itu kaum Muhajirin sangat bersemangat sedangkan kaum Ansar tiada yang memberikan respon. Lalu Saad bin Ubadah memberikan pandangannya mewakili kaum Ansar.

(b) Setelah kafilah dagangan Abu Sufyan terlepas, Rasulullah sekali lagi meminta pandangan para sahabat. Kali ini dikatakan Saad bin Muaz pula menyatakan pandangannya mewakili kaum Ansar.

(c) Ketika menentukan lokasi terbaik peperangan, Rasulullah mendengar pandangan al-Habbab (al-Hubbab) bin al-Munzir.

(d) Dalam penentuan status tawanan perang juga Rasulullah meminta pandangan para sahabat.

  1. Begitulah sikap pemimpin yang baik yang sentiasa meminta dan mendengar pandangan dari mereka yang dipimpinnya.
  2. Perang Badar juga mengingatkan kita bagaimana para sahabat itu bersungguh mengejar syurga. Sebelum berlaku pertempuran, Rasulullah memberikan motivasi kepada para sahabat sehingga menjadikan Umair bin al-Hammam merasakan terlalu lewat untuk dihabiskan tamarnya semata-mata untuk mengejar syurga.
  3. Pada hakikatnya, memakan beberapa biji buah tamar sebelum pergi berperang itu hanyalah memakan masa beberapa minit sahaja. Tetapi Umair tidak berlengah untuk mengejar syurga. Dicampakkan tamarnya dan terus meluru ke medan jihad sehingga beliau syahid.
  4. Rasulullah turut mendidik para sahabat agar menepati janji. Sebelum berlaku pertempuran Badar, Saidina Huzaifah dan Abu Husail telah berselisih dengan orang kafir. Lalu mereka berkata, kami bukan pergi untuk membantu Muhammad, kami hanya ingin ke Madinah sahaja. Lalu mereka berjanji kepada orang kafir untuk tidak membantu Rasulullah.
  5. Apabila sampai di Madinah, Huzaifah menceritakan perkara tersebut. Rasulullah lantas meminta mereka menepati janji mereka dengan beredar dari menyertai perang Badar.
  6. Kesungguhan sahabat mengejar syurga dapat diperhatikan juga dari sikap Umair bin Abi Waqas yang menangis apabila ditolak daripada menyertai perang Badar.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts