Tun Dr Mahathir hubungi Erdogan bincang isu Palestin

 

PUTRAJAYA – Malaysia telah menyatakan pendirian mengutuk tindakan kejam rejim pengganas Israel terhadap rakyat Palestin, khususnya insiden berdarah di sempadan Gaza baru-baru ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, beliau telah berhubung dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengenai isu itu semalam.

“Dia (Erdogan) mempunyai cadangan untuk mengadakan satu mesyuarat khas berkaitan konflik itu.

“Cuma, kalau ia diadakan agak awal, mungkin saya tidak dapat hadir,” katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Malaysia berhubung tindakan kejam rejim Israel ke atas Palestin di Semenanjung Gaza.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya 61 rakyat Palestin terbunuh termasuk seorang bayi berusia lapan bulan ketika protes pembukaan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis, 14 Mei lepas.

Sejak 14 Mei lalu, sempadan Gaza menjadi hari paling berdarah ekoran pemberontakan rakyat Palestin terhadap pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis, sehari sebelum ulang tahun mengingati Peristiwa Nakba.

Pertempuran itu menyebabkan ribuan rakyat Palestin di sempadan Gaza cedera, sehingga menyebabkan hospital utama di wilayah itu sesak. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts