Bantah keputusan UNESCO, Israel hina umat Islam masuk masjid

 

RAMALLAH – Pasukan keselamatan Israel bertindak agresif apabila menghina umat Islam yang memasuki masjid Al Ebrahimi, Hebron di Tebing Barat.

Tindakan rejim berkenaan adalah sebagai membalas dendam ekoran daripada keputusan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) mengisytihar Bandar Lama Hebron dan Al Ebrahimi sebagai tapak warisan dunia.

Imam Masjid Al Ebrahimi, Hifzi Abu Snainah berkata, rejim itu kini mengetatkan pemeriksaan mereka di pintu masuk masjid yang jelas membantah keputusan UNESCO sebelum ini.

Abu Snainah berkata, Israel bertindak melampau terhadap delegasi Muslim China yang melawat tapak berkenaan pada Ahad lalu.

“Kami akan mendedahkan tindakan Israel dan sikap jelek mereka kepada dunia, termasuk negara-negara yang mengundi keputusan UNESCO,” katanya.

Susulan keputusan UNESCO itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah memotong AS$1 juta daripada yuran keahlian rejim berkenaan kepada PBB dan menggunakan wang itu untuk membina sebuah muzium warisan Yahudi di Hebron.

Israel juga dijangka merampas lebih banyak tanah milik rakyat Palestin untuk meneruskan projek penempatan haram mereka di Hebron.

Abu Snainah berkata, rakyat Palestin akan menuntut tindakan daripada kuasa antarabangsa terhadap Israel yang berterusan menyasarkan Hebron.

“Israel tidak peduli dengan dunia dan ia percaya bahawa mereka negara yang berada atas undang-undang. Masjid Al Ebrahimi adalah harta umat Islam yang tidak boleh dipertikaikan,”katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts