home Semasa Naungan Allah di akhirat

Naungan Allah di akhirat

 

1. PERNAHKAH kita tergambar bagaimana Allah SWT akan memberi naungannya kepada sebahagian manusia pada hari yang sangat panas di akhirat kelak?

2. Gambar ini sekurang-kurangnya memberikan kita gambaran bagaimana Allah SWT akan menaungi 7 golongan di hari akhirat yang sangat panas.

3. Perkara ini disebutkan dalam hadis. Sabda Rasulullah ﷺ

Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu:

[1] Pemimpin yang adil,

[2] pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah SWT,

[3] seorang lelaki yang hatinya selalu terpaut dengan masjid,

[4] dua orang lelaki yang saling menyayangi karena Allah SWT dan berpisah kerana Allah SWT ,

[5] seorang lelaki yang dipanggil untuk berbuat melakukan maksiat oleh seorang wanita yang memiliki kekuasaan dan kecantikan dan dia menolaknya dan berkata “saya takut kepada Allah SWT,”

[6] seorang lelaki yang bersedekah dengan sebuah sedekah kemudian dia merahsiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dishedekahkan oleh tangan kanannya,

[7] dan seorang laki-laki yang bersendirian dalam zikir kepada Allah SWT, lalu air matanya berlinang. (HR. Bukhari)

4. Dan penggunaan lafaz lelaki di sini tidak bermaksud khusus kepada lelaki sahaja, malah merangkumi lelaki dan wanita. Ini dijelaskan al-Imam Ibn Hajar:

ذكر الرجال في هذا الحديث لا مفهوم له، بل يشترك النساء معهم فيما ذكر

“dan sebutan lafaz lelaki di sini tidak membawa maksud (khusus buat lelaki sahaja) bahkan termasuk sekali wanita (melainkan dalam isu kepimpinan pemerintahan al-Uzma terdapat perbincangan yang khusus buat lelaki dalam isu kepimpinan).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *