Perang Salib dan Taufan al-Aqsa

TENTERA Salib ketika berjaya menawan Baitul Maqdis pada 15 Julai 1099 telah membunuh seramai 70,000 orang umat Islam.

Ibnu Khaldun dalam tulisannya menyatakan bahawa darah mengalir di setiap lorong di Baitul Maqdis (Jerusalem) akibat serangan Salib yang merupakan tentera gabungan daripada 22 negara Eropah pada ketika itu.

Umat mengambil masa selama 88 tahun sebelum gabungan tentera umat Islam yang diketuai oleh Sultan Solahuddin al Ayyubi membuka kembali Baitul Maqdis dan bumi Palestin pada 2 Oktober 1187.

Apakah rahsia kejayaan generasi Solahuddin sehingga berjaya mengalahkan gabungan tentera daripada 22 negara Eropah tersebut ?

1- Membina generasi yang bertaqwa dan menjauhi maksiat

2- Membuat strategi dan persiapan peperangan yang terbaik.

3- Memberi fokus kepada perjuangan pembebasan Baitul dan menjadi agenda hidup masing-masing.

4- Mengukuhkan kesatuan negara-negara dan wilayah umat Islam bersama perjuangan pembebasan Baitul Maqdis

5- Umat yang satu tanpa perbezaan warna kulit dan latar belakang serta meletakkan matlamat perjuangan hanya untuk mencari keredaan Allah.

Taufan al Aqsa hari ini menyaksikan tentera-tentera IOF disertai anggota-anggota sekutunya dari warga AS, UK, Perancis, German dan lain-lain beserta bantuan senjata tercanggih di dunia.

Namun gabungan tentera rakyat Palestin telah membuktikan bahawa mereka mampu dan telah semakin berjaya menewaskan pasukan musuh satu demi satu.

Semoga dianugerahiNya kemenangan kepada al Qassam dan tentera gabungan rakyat Palestin beserta doa dan sokongan umat sejagat.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Yayasan Ikhlas

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts