Perhimpunan LGBT ‘menghairankan’ haiwan: Mufti Perlis

 

KUALA LUMPUR: Tindakan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berhimpun secara haram dan berarak di ibu negara, bukan hanya bertentangan dengan syariat Islam dan naluri insani, malah ‘menghairankan haiwan’.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata sebagai manusia biasa mereka memang berhak berkumpul untuk mempertahankan hak mereka, selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan naluri insani.

“Manusia biasanya berkumpul dan melaungkan perasaan untuk menuntut hak yang Tuhan berikan tapi telah dicabuli atau mencari kebaikan demi membela fitrah insani. Malangnya bagi golongan songsang, mereka berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf.

“Mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu ‘cacat’, mencacatkan fitrah.

“Perarakan seperti itu bukan sahaja menghairankan manusia yang menuruti fitrah yang Allah tetapkan, tapi ia juga boleh ‘menghairankan’ alam haiwan yang sentiasa berada atas ketetapan ciptaan Tuhan,” katanya dalam entri terbaharu menerusi laman Facebooks rasminya Dr Maza.com semalam.

Dr Mohd Asri berkata demikian ketika mengulas perhimpunan haram bermula berhampiran pusat beli belah Sogo, Kuala Lumpur sebelum berarak ke Masjid Jamek untuk menuntut supaya golongan LGBT diberikan sama rata seperti rakyat Malaysia lain.

Difahamkan, ia disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) dan aktivis serta pelajar.

Perhimpunan juga didakwa disertai penyokong LGBT yang antara lain membawa bendera warna pelangi, simbol golongan terbabit.

Antara perkara yang dituntut kumpulan berkenaan pada perhimpunan itu ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Sementara itu di KUANTAN; Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata golongan itu disifatkan semakin melampau dan mencabar undang-undang serta kesabaran umat Islam.

Katanya, sebelum ini masyarakat khususnya umat Islam masih boleh bertolak ansur dengan golongan berkenaan demi mahu mengajak mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

“Bila kita tolak ansur bukan mereka menerima seruan dakwah, tetapi cabar kesabaran kita dan ini perlu diambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang.

“Jika tindakan tidak diambil, inilah yang akan terjadi, …bukannya mereka sedar sebaliknya mahu kita menghalalkan aktiviti mereka,” katanya selepas Forum Pemuda Al-Fateh Bersama Mufti Pahang anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, semalam.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts