Pembunuhan pengecut Zionis menguatkan lagi azam pejuang

Kuala Lumpur – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga As Syahid Syeikh Saleh Al Rouri, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas.

Presidennya, Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya operasi sasaran Zionis.

Walaupun sedih namun, mereka berbangga dengan seorang pemimpin inspirasi Hamas, yang telah memimpin perjuangan ke tahap penentangan yang baharu.

“Kami yakin pembunuhan pengecut oleh Zionis akan menguatkan lagi keazaman semua pejuang kemerdekaan Hamas. Kepimpinannya akan menjadi inspirasi kepada semua penyokong Hamas bukan sahaja di Palestin tetapi di seluruh dunia.’’

Sokongan tidak berbelah bahagi MAPIM dizahirkan kepada gerakan pejuang Palestin, dan mendoakan keazaman mereka untuk mencapai hak semua rakyat Palestin di tanah mereka.

“Semoga rohnya diberi ganjaran dengan kemuliaan setinggi-tinggi syahid oleh Allah SWT.’’ – Sumber TV Pertiwi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts