home Semasa Persediaan sahabat untuk Ramadan

Persediaan sahabat untuk Ramadan

 

1. APABILA datangnya Ramadan, Saidina Umar akan menghidupkan lampu-lampu menerangi masjid-masjid. Beliau juga menghidupkan masjid dengan bacaan al-Quran.

Perbuatan beliau dipuji Saidina Ali. Kata Saidina Ali:

“نور الله لك يا ابن الخطاب في قبرك كما نورت مساجد الله بالقرآن”(كنز العمال: 23477)

“Mudah-mudahan, Allah menerangi kuburmu wahai Umar Ibn al-Khattab seperti mana engkau menerangi masjid-masjid Allah dengan al-Quran.” (Kanz al-Ummal)

2. al-Mualla ibn al-Fadhl menukilkan bahawa para sahabat akan berdoa enam bulan lebih awal sebelum datangnya Ramadan. Kerinduan mereka terhadap ramadan mendorong mereka berdoa supaya dikurniakan Ramadan.

3. Manakala Saidina Anas bin Malik pula berkata, apabila masuknya Syaaban, kaum Muslimin akan menyemak semula mushaf (al-Quran) mereka sebagai persediaan untuk Ramadan. Kata Anas:

كان المسلمون إذا دخل شعبان انكبُّوا على المصاحف فقرءوها

“Sesungguhnya orang Muslim itu, apabila masuknya Ramadan, mereka akan membuka mushaf al-Quran mereka lalu mereka membacanya (sebagai persediaan untuk Ramadan).

4. Malah al-Hasan al-Basri mencela mereka yang tidak bersedia untuk Ramadan. Kata beliau: Sesungguhnya Allah menyediakan Ramdan ruang perlumbaan buat hamba-hambanya, maka beruntunglah orang yang mengejar keampunannnya. Lalu beliau berkata:

فالعجبُ من اللاعب الضاحك، في اليوم الذي يفوز فيه المحسنون،

“Maka amat menghairankan bagi mereka yang bermain-main dan bergelak ketawa (tidak bersedia untuk Ramadan) dalam hari orang-orang yang baik itu sedang berjaya (dalam mempersiapkan diri untuk Ramadan).

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat ..Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *