Rasuah membinasakan kita semua

 

1. MENURUT laporan akbar berbahasa inggeris New Straits Times, sekurang-kurangnya empat pegawai kanan kerajaan dipercayai terlibat dalam proses membawa masuk daging tidak halal ke Malaysia yang kemudian dilabelkan sebagai daging halal.

2. Apa yang amat menyedihkan, laporan NST menyatakan bahawa pegawai tersebut bukan sahaja menerima wang malah dalam sebahagian kes menerima rasuah wanita untuk seks, sebagai imbalan untuk melancarkan operasi penipuan tersebut.

3. Laporan ini menggambarkan betapa rasuah bukan sahaja merosakkan peribadi pemberi dan penerima, menghancurkan sistem pentadbiran, menghilangkan kepercayaan masyarakat bahkan memberikan kesan kepada pihak ketiga iaitu rakyat sendiri.

4. Benarlah sabda Rasulullah bahawa pelaku rasuah ini adalah dilaknat. Bukan sahaja dilaknat oleh Allah, malah manusia turut melaknat mereka. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)

5. Perhatikan hadith ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul.

6. Dengan sebab itu al-Imam al-San’ani dan al-Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar (murtakib al-kabirah) (Subul al-Salam & al-Kaba’ir). Malah al-Imam al-Qurtubi menegaskan bahawa penerima rasuah ini dikategorikan sebagai orang fasiq. (Jami li Ahkam al-Quran)

Semoga Allah menyelamatkan kita dari bahana dan bencana rasuah ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts