Taubat memerlukan taufiq

Moga Allah ilhamkan kepada kita taufiq-Nya untuk sentiasa kembali kepada-Nya.

Kadang-kadang walau dengan sejuta perancangan pun belum tentu mampu menggapai keizinan taufiq-Nya.

Ia memerlukan ketundukan hati, kepasrahan hamba, dan perasaan yang benar untuk kembali ke jalan yang lurus.

Kepasrahan dan perasaan perhambaan terbit daripada mengenali hakikat kekerdilan diri, di hadapan keagungan Tuhan. Daripada rasa kerdil akan terbit rasa al-faqr (memerlukan) kepada Zat Yang Maha Agung, justeru menghasilkan siri-siri ‘retreat’ dan ‘melarikan diri’ daripada tipudaya syaitan dan kelemahan jiwa, untuk berpaut pada kekuatan dan perlindungan Yang Maha Melindungi.

Semakin digilap episod-episod ‘retreat’ itu, semakin besar nilai seseorang hamba di hadapan Tuhannya. Demikianlah yang digambarkan dalam kisah Nabi Sulaiman AS apabila digambarkan Allah SWT bahawa baginda adalah :

نعم العبد إنه أواب

“Dialah sebaik-baik hamba, sesungguhnya dia adalah orang yang sentiasa kembali (kepada Tuhan)” – Surah Saad

Kita tidak tahu yang mana satukah episod retreat kita itu diterima, kita juga tidak tahu yang mana satukah yang terakhir.

Akhirnya, yang paling mampu kita lakukan, adalah menjadikannya sebagai suatu episod yang bermakna, demi memenuhi pra-syarat seseorang hamba.

Moga Allah memberikan kita taufiq-Nya, bagi sebuah taubat yang benar-benar bermakna.

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Islam di Itali

  Aku sempat berkunjung ke Itali, sebuah negara Eropah yang cukup terkenal dengan sektor pelancongannya. Itali pada masa kini…