home Semasa Usaha penyebaran liberal diteruskan dengan penubuhan NGO MAJU

Usaha penyebaran liberal diteruskan dengan penubuhan NGO MAJU

 

1. BIARPUN Fatwa Selangor telah memutuskan bahawa pemikiran Liberal adalah sesat dan menyeleweng, namun usaha-usaha untuk membawa suara dan pemikiran mereka tetap diteruskan. Terkini Siti Kasim melancarkan sebuah NGO bagi membawa suara-suara liberal dan golongan terpinggir (seperti LGBT?)

2. Apa yang membimbangkan adalah, pemikiran liberal ini membawa kepada kekeliruan terhadap Islam. Mereka menafikan beberapa perkara yang telah termaktub dalam syariat seperti mempersoalkan hukum menutup aurat, mempertikaikan ibadah korban malah turut meragui sifat Tuhan.

3. Usaha menimbulkan syubhat (keraguan) terhadap Islam ini tidak ubah seperti sifat Dajjal yang pernah disebutkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith. Sabda Rasulullah:

من سمع بًالدجال فلينأ عنه ، فوالله إن الرجل ليأتيه وهو يحسب أنه مؤمن فيتبعه مما يبعث به من الشبهات ، أو لما يبعث به من الشبهات

“Sesiapa yang mendengar tentang Dajjal maka hendaklah dia menjauh darinya, kerana demi Allah, sesungguhnya akan ada seseorang lelaki yang mendatanginya dan menyangka Dajjal itu seorang yang beriman lalu dia mengikutinya kerana hebatnya syubhat yang dia bangkitkan, atau kerana syubhat yang dia tebarkan.” (HR Abu Daud)

 

 

4. Desakan liberal seperti memperjuangkan tuntutan LGBT, menuntut kebebasan untuk tidak menutup aurat malah menegaskan hak sama rata agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir dari nafsu diri manusia. Inilah kebimbangan yang pernah disuarakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah:

إنَّما أَخْشَى عَلَيْكُم شهواتِ الْغَيِّ في بطونِكم وفروجِكم ومُضِلَّاتِ الْفِتَنِ وفي رِوَايَةٍ وَمُضِلَّاتِ الهوَى

“Sesungguhnya aku sangat takut kepada nafsu-nafsu kamu yang keji yang lahir dari perut dan kemaluan kamu. Ia adalah fitnah (tipudaya) yang menyesatkan.” (Majma’ al-Zawaid)

5. Perjuangan berteraskan kehendak nafsu hanya akan membinasakan manusia. Semoga Allah membimbing kita dari kesesatan liberal.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Usaha penyebaran liberal diteruskan dengan penubuhan NGO MAJU

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun.Para ulamak,cendikiawan Islam dan seluruh umat Islam kena gembeling tenaga utk mmerangi org2 fasik,munafik dan kafir dari terus mgeliru dan mrosakkan akidah umat Islam.Pengaruh dan dakyah mereka sgt merbahaya.Wlbgmn pun kita tdk harus takut dan berputus asa.Tidak berlaku sst perkara/musibah tampa izin Allah Azza wajalla.Azab dan balasan Allah sgtlah pedih bg org2 yg mungkar.

Leave a Reply to Wan Ruhaini W.Omar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *