11 alas kaki gambar Kaabah dirampas

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Beliau berkata, pasar raya berkenaan juga sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Sebenarnya tindakan pemeriksaan dan pemantauan sudah dibuat sehari sebelum Aidilfitri susulan aduan awam, selain ia tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan, 11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah itu sudah dirampas dengan pemantauan juga masih berterusan di seluruh negeri ini.

“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya ketika dihubungi.

Sehari sebelum Aidilfitri lalu, tular di media sosial berhubung alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat.

Seorang pengguna memuat naik gambar alas kaki itu, selepas beliau terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Makkah.

“Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki,” katanya dalam muat naik di media sosial.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts