115 juta penduduk jadi miskin tegar angkara COVID-19

 

WASHINGTO – Seramai 115 juta orang penduduk dunia dijangka berada dalam kelompok kemiskinan tegar tahun ini, ekoran kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19, amaran Bank Dunia.

Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata, itu adalah situasi yang dahsyat setelah berpuluh tahun kemajuan, dan lebih tinggi daripada yang dijangkakan sebelum ini oleh bank itu, bahkan baru-baru ini pada bulan Ogos, ketika kes terburuk adalah 100 juta.

Laporan terbaharu itu menganggarkan bahawa pada tahun 2021, seramai 150 juta orang bakal hidup di bawah ambang kemiskinan tegar dengan pendapatan kurang daripada AS$1.90 (RM7.80) sehari.

“Pandemik dan kemelesetan ekonomi global boleh menyebabkan lebih daripada 1.4 peratus penduduk dunia jatuh ke dalam kemiskinan tegar,” kata Malpass dalam satu kenyataan.

Sekiranya wabak itu tidak melanda, kadar kemiskinan tegar global dijangka menurun menjadi 7.9 peratus, tetapi sekarang ia adalah setinggi 9.4 peratus, kata bank itu dalam laporan utamanya.

Ahli ekonomi Bank Dunia mengatakan, anggaran bagi mangsa kemiskinan baharu tahun ini, yang melibatkan antara 88 juta hingga 115 juta, bergantung pada prospek ekonomi global.

Keadaan itu akan menghapuskan kejayaan bertahun-tahun dalam mengurangkan kemiskinan tegar, katanya.

COVID-19 juga mendorong 45 juta orang dari kelas pertengahan terjerumus ke kancah kemiskinan terutamanya di Amerika Latin dan Caribbean yang sudah menghadapi masalah ekonomi.

Penyelidikan itu juga mendapati terdapat peningkatan di kalangan mereka yang hidup dalam kemiskinan tegar berada di kawasan bandar. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts