135 ulama, imam ditugas bimbing jemaah haji tahun ini

 

JEDDAH– Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi menugaskan seramai 135 ulama dan imam untuk memberikan bimbingan agama kepada jemaah haji semasa ibadah haji yang akan datang.

Melaluinya para ulama dan imam akan bersedia untuk menjawab pertanyaan jemaah berkaitan dengan ibadah haji.

“Langkah itu seiring dengan arahan kepemimpinan Arab Saudi untuk memberikan semua layanan bagi jemaah haji untuk melakukan ibadah mereka dengan tenang,” kata kementerian itu.

Selain itu, talian telefon juga telah disediakan untuk memberikan maklum balas automatik terhadap pertanyaan jemaah dalam 10 bahasa.

Bahasa yang disediakan ialah Arab, Inggeris, Perancis, Turki, Hindi, Urdu, Hausa, Indonesia, Bengali, Amharic. 

Sebelum ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan, jemaah haji akan diterima pada 17 dan 18 Julai di empat pusat.

Mereka diterima di empat pusat wilayah sebelum dibawa ke Masjidil Haram dengan bas untuk mengerjakan tawaf ketibaan sebelum menuju ke tanah suci.

Permit dikeluarkan kepada warganegara dari 150 negara dan keutamaan diberikan kepada mereka yang belum pernah menunaikan haji sebelum ini serta kumpulan umur tertentu.

Kementerian Haji dan Umrah juga meminta semua jemaah yang memenuhi syarat mendapat permit mengerjakan haji tahun ini untuk mengunjungi pusat vaksin terdekat bagi mengambil dos suntikan COVID-19 kedua sebagai langkah berjaga-jaga. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts