1,400 tahanan Palestin di penjara Israel rancang mogok lapar

RAMALLAH – Kira-kira 1,400 rakyat Palestin yang ditahan di beberapa penjara di Israel akan melancarkan mogok lapar sebagai tanda protes dengan keadaan penjara selepas kejadian tahanan meloloskan diri minggu lalu.

Menurut Kelab Tahanan Palestin, ketegangan itu memuncak selepas enam tahanan yang berjaya meloloskan diri menerusi lubang di bawah tanah.

Sejak daripada itu ratusan tahanan dipindahkan ke beberapa penjara lain dan barangan peribadi milik mereka juga dirampas.

Sementara itu, Ketua Pihak Berkuasa Palestin bahagian Penjara, Abu Qadri Abu Bakar berkata, situasi di penjara sangat teruk sehingga memaksa mereka melancarkan mogok lapar berkenaan.

Katanya, 1,380 daripada 4,000 tahanan Palestin akan memulakan mogok lapar itu pada Jumaat ini dan akan disertai lagi beberapa tahanan lain minggu depan.

Beliau menambah pihaknya ada mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa dan wakil penjara namun sehingga kini tiada kata putus diberikan pihak Israel.

Palang Merah berkata, Israel telah membuat keputusan untuk membenarkan lawatan ke atas tahanan selepas ditangguhkan minggu lalu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts