18 tahun bantu membina Gaza, kini hancur dimamah bom Zionis

Tanggal 3 Januari 2024, genap 18 tahun usia Aman Palestin sejak ditubuhkan.

Penubuhannya diasaskan kepada syarikat yang tidak berteraskan keuntungan bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang dan berterusan serta berkesan.

Sejak penubuhannya, Aman Palestin telah menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin bahkan juga bantuan untuk mangsa pelarian di bumi Lubnan dan Syria.

Bergerak atas landasan kemanusiaan, persaudaraan dan kesucian Baitul Maqdis pelbagai usaha telah dilakukan demi membangunkan bumi Palestin apatah lagi keperluannya semakin meningkat sejak keganasan Zionis di Gaza bermula 7 Oktober lalu.

Akibat Perang Taufan Al- Aqsa, banyak hasil sumbangan orang ramai yang dijadikan sekolah, ladang dan masjid di Gaza telah musnah dibenam bom dan mortar Israel.

Kini, dengan ribuan rumah yang hancur, pastinya rakyat Palestin menantikan bantuan untuk mereka.

Setakat ini, siasatan dan sekatan yang berlaku terhadap Aman Palestin masih belum ada kata putus sehingga ke hari ini. – Sumber TV Pertiwi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts