2 mujahidin terkorban digempur tentera India

 

KASHMIR – Seramai dua anggota pejuang mujahidin Kashmir dilaporkan terkorban selepas diserang oleh pasukan keselamatan India, semalam.

Turut terkorban dalam kejadian yang berlaku di Barat Laut Handwara itu adalah lima anggota keselamatan India yang bertindak menggempur rumah di mana tebusan didakwa ditahan oleh kumpulan mujahidin.

Pegawai polis mendakwa, tiga orang tentera dan dua polis telah dikerahkan untuk menggempur lokasi kumpulan mujahidin berkenaan sebelum berlakunya kejadian tembak-menembak di antara mereka.

“Pasukan khas telah dikerah ke sana dan berjaya menembak mati dua orang (pejuang mujahidin) manakala dua lagi berjaya melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak diketahui berapa ramai mangsa yang didakwa sebagai tebusan berjaya diselamatkan.

India telah mempertingkatkan operasi mengekang kebangkitan para mujahidin yang mereka gelar sebagai pemberontak di seluruh kawasan Kashmir, walaupun ketika perintah berkurung COVID-19 dilaksanakan.

Boleh dikatakan hampir setiap hari pertempuran berlaku di antara mereka sejak beberapa bulan lalu.

India dan Pakistan mendakwa Kashmir sebagai kawasan mereka, dengan majoriti penduduk wilayah berkenaan berpihak kepada kumpulan mujahidin.

Kumpulan mujahidin menentang kehadiran India di wilayah Kashmir bermula tahun 1989, dan sejak itu lebih 70,000 terkorban kesan daripada tindakan ketenteraan diambil oleh New Delhi. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts