6 jam sehari di sisi al-Quran

 

NORMALINA Alias tidak kesal melepaskan jawatannya sebagai pensyarah semata-mata ingin menjuruskan tumpuannya terhadap al-Quran.

Normalina, 34, adalah johan kategori tilawah di Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Antarabangsa (MTHQA) ke-59, PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.

Johan qariah berusia 34 tahun itu berkata, dia tidak kesal berhenti menjadi pensyarah bidang politik selama 10 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Saya terpaksa tinggalkan kerjaya saya supaya boleh memberi fokus penuh dan membuat latihan menghadapi tilawah kebangsaan dan antarabangsa.

“Saya mengulangkaji al-Quran sekurang-kurangnya empat jam sehari secara individu selain memperdengarkan bacaan bersama guru selama dua jam.

“Oleh itu, selepas berhenti, Ogos 2016, saya lebih banyak masa dengan al-Quran.

“Selan itu, saya dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga,” katanya ketika selepas majlis pengumuman pemenang MTHQA di Dewan Merdeka, PWTC.

Sementara itu, johan qari dari Iran, Hamed Alizadeh Marghzari Gholamhassan, 26, berkata, dia sudah jangka kemenangannya selepas memperdengarkan bacaan surah kegemarannya iaitu al-Anfal.

“Biarpun saya kedua terakhir daripada 56 peserta, ia tidak memberi tertekan kerana saya yakin mampu membuat yang lebih baik berbanding peserta lain.

“Saya juga gembira apabila memperoleh surah kegemaran selepas membuat cabutan. Surah yang sama memberikan saya kejayaan di Iran,” katanya.

Menurut Hamed yang mula mempelajari al-Quran ketika usia 15 tahun, dia pernah muncul johan untuk tujuh kali di Iran.

Katanya, ini adalah kali pertama dia menyertai tilawah peringkat antarabangsa.

Seramai 89 peserta menyertai MTHQA membabitkan 56 peserta kategori tilawah dan 33 kategori hafazan.

Mereka mewakili 55 negara termasuk Malaysia manakala majlis berlangsung sejak Isnin sehingga malam tadi. – hmetro

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts