6 warga Palestin berjaya lolos dari penjara Israel

BAITULMAQDIS – Enam warga Palestin melarikan diri dari penjara Gilboa, di utara Israel semalam

Laporan mengatakan lima daripada mereka merupakan anggota gerakan Jihad Islam dan seorang daripadanya adalah bekas komander kumpulan bersenjata yang bergabung dengan parti Fatah.

Media tempatan melaporkan kesemua mereka – yang kemungkinan berkongsi sel yang sama – melarikan diri melalui terowong dan menerima bantuan dari luar.

Terowong itu sepertinya dikorek dari bawah tandas di dalam sel.

Warga Palestin tersebut termasuk Zakariye Zubeidi, 46 – bekas pemimpin parti Fatah di bandar Jenin di Tebing Barat – menjalani hukuman seumur hidup kerana terlibat dalam serangan ke atas Israel ketika Intifada Palestin pada awal 2000-an.

Mereka yang lain dikenali sebagai Monadel Yacoub Nafe’at, 26, Yaqoub Qassem, Yaqoub Mahmoud Qadri, 49, Ayham Nayef Kamamji, 35, dan Mahmoud Abdullah Ardah, 46.

Menurut Haaretz, Shin Bet – agensi perisikan domestik Israel – mengatakan bahawa semua warga Palestin itu telah berkoordinasi dengan orang di luar penjara menggunakan telefon bimbit yang diseludup dan mempunyai kenderaan menunggu mereka.

Pihak berkuasa berkata, operasi pencarian dijalankan yang merangkumi anggota polis, tentera dan pasukan khas.

Anjing pengesan dikerahkan dan pusat pemeriksaan didirikan di daerah sekitar Gilboa.

Sementara itu, jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Fawzi Barhoum berkata: “Kemenangan besar ini membuktikan sekali lagi bahawa kehendak dan tekad yang berani di dalam penjara musuh tidak dapat ditewaskan.” – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts