Islam larang keras sebar aib diri sendiri, orang lain: Mufti Pahang

 

KUANTAN – Islam melarang keras penyebaran aib atau kemungkaran sama ada yang dilakukan diri sendiri atau orang lain, demikian pandangan Mufti Pahang, Datuk Seri Abd Rahman Osman berhubung penularan video pengakuan seorang individu, Haziq Abd Aziz mengenai hubungan intimnya bersama salah seorang menteri kabinet di negara ini.

Beliau berkata, video berkenaan berkait dengan isu politik tetapi banyak perkara lain boleh dilakukan dan penyebaran seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Dalam Islam kita tidak boleh menuduh seseorang berzina atau meliwat jika tiada saksi dan bukti. Dalam Islam melarang aibkan seseorang atau diri sendiri.

“Kita kena lindungi aib dan kena ada hormat sesama sendiri,” katanya.

Menurutnya, jika seseorang individu mengaku atau berikrar telah membuat zina, maka dia sebenarnya telah bersedia untuk menerima hukuman hudud atau sewajarnya.

“Sesiapa yang sebarkan aib tanpa saksi dan bukti boleh dikenakan hukuman rotan 80 kali.

“Individu yang membuat pengakuan juga sebenarnya bersedia menerima hukuman hudud atau setimpal,” katanya.

Menurut Abd Rahman, penyatuan ummah dalam Islam amat penting dan tidak boleh tuduh-menuduh walau dalam mana-mana parti politik.

“Perbuatan seperti ini hanya menjatuhkan Islam dan membuatkan kaum lain bersorak,” katanya.
– Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts