Hamas gesa Turki tentang kekejaman Israel

 

ANKARA – PemimpinPergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa penggubal undang-undang Turki menentang kekejaman negara penjajah Israel, khususnya serbuan penempatan Palestin di Baitulmaqdis, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, serbuan dan pengusiran ke atas rakyat Palestin yang dilakukan oleh Israel terutama di Syekh Jarrah, Baitulmaqdis mesti dihentikan.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan anggota kanan mengadakan pertemuan bersama pegawai dan ahli perundangan Turki, termasuk ketua Kumpulan Persahabatan Parlimen Turki-Palestin, Hasan Turan di Istanbul.

Dengan mengambil kira suasana politik, jaringan hubungan antarabangsa dan diplomatik Turki yang mampu mempertahankan Baitulmaqdis, Ismail turut menyeru pendirian bersama Parlimen serantau dan antarabangsa lain untuk menentang kekejaman ke atas rakyat Palestin.

Beliau menyifatkan keputusan Israel mengusir tujuh keluarga di kawasan kejiranan di Baitulmaqdis Timur yang diduduki adalah satu malapetaka bagi penduduknya yang akan kehilangan tempat tinggal.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Israel di Baitulmaqdis Timur meluluskan keputusan mengusir beberapa keluarga Palestin dari kediaman mereka sebagai satu sokongan kepada penduduk haram Yahudi meluaskan penempatan mereka.

Sejak 1956, sebanyak 37 keluarga Palestin tinggal di 27 penempatan.

Bagaimanapun, penduduk haram Yahudi telah berusaha mengusir mereka berdasarkan undang-undang diluluskan Parlimen Israel pada tahun 1970. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts